PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday 29 July 2012

HOOREY...HOREY....


MINGGU BAHASA 2012
16 JULAI 2012 – 20 JULAI 2012

AKTIVITI- AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU BAHASA

 GURINDAM JIWA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

  • PERTANDINGAN SYAIR DAN PANTUN
  • PERTANDINGAN MEWARNA
  • PERTANDINGAN MENULIS ESEI


PERSEMBAHAN TARIAN DARI KUMPULAN SUTERA BUDAYA



 SEBAHAGIAN MURID YANG MENYERTAI PERTANDINGAN NAZAM DAN SELOKA


 SEBAHAGIAN MURID YANG MENJAWAB KUIZ CELIK AKAL


 PENGLIBATAN SELURUH WARGA SK TUN SAS TELAH MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN BULAN BAHASA.


Semua aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan objektif iaitu mencungkil bakat, memberi pendedahan serta membina keyakinan  para pelajar melalui pertandingan dan aktiviti yang  telah  disediakan dan melahirkan insan yang kreatif dan kritis. seiring dengan pemupukan perpaduan antara murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. 

BUDI BAHASA BUDAYA KITA...


MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA 2012

Bahasa merupakan alat komunikasi yang membentuk perpaduan. Pelancaran Bulan Bahasa ini diharapkan dapat menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi, membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

 WAKIL GURU PELATIH BERUCAP SEMPENA PELANCARAN BULAN BAHASA

Program ini dilaksanakan untuk membina perhubungan sosial dan seterusnya membentuk perpaduan di samping dapat meningkatkan kemahiran murid dalam berbahasa seperti menulis esei, berpantun, berpuisi dan sebagainya.


 EN. KAMARUDDIN ABDUL MAJID, GPK PENTADBIRAN SK TUN SAS
MENANDATANGANI CERMIN SEBAGAI SIMBOLIK MERASMIKAN PROGRAM BULAN BAHASA 2012

Antara objekif program ialah:

1.    Memartabatkan dan menambahkan kemahiran bahasa dan sastera dalam kalangan warga SK Tun SAS khususnya pelajar-pelajar.
2.    Mencungkil bakat dan membina keyakinan  para pelajar melalui pertandingan dan aktiviti yang  telah  disediakan dan melahirkan insan yang kreatif dan kritis
  1. Menanamkan rasa cinta dan bangga akan  bahasa ,sastera dan    budaya dalam diri setiap warga SK Tun SAS
  2. Merapatkan hubungan antara warga SK Tun SAS melalui  aktiviti bercorak bahasa dan sastera serta mewujudkan kerjasama antara satu sama lain.

  
BARISAN PIHAK PENTADBIR DAN GURU- GURU SK TUN SAS
YANG BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR


WAJAH TERUJA MURID- MURID SK TUN SAS UNTUK MENGIKUTI AKTIVITI MINGGU BAHASA

Ucapan setingii- tinggi penghargaan kepada warga SK TUN SAS  yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama yang sangat baik kepada kami guru pelatih sempena pelancaran Bulan Bahasa 2012 dan Minggu Bahasa 2012.

1,2,3,4....1 MURID 1 SUKAN..


PROGRAM  SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN
10 JULAI 2012

Objektif pelaksanaan program ini ialah:

§  Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani , intelek, dan sahsiah.
§  Menerusi karnival ini, semangat kerjasama dan pemuafakatan dapat dijalin di kalangan semua pihak yang terlibat.

MURID BERSAMA- SAMA MELAKSANAKAN SENAMROBIK

Pelaksanaan Program  Senamrobik Serentak melalui 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara   menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang.


 MURID PRASEKOLAH BERSAMA- SAMA MELAKSANAKAN SENAMROBIK

Progam ini juga diharap dapat mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

 BARISAN VIP TURUT MENJAYAKAN SENAMROBIK

Karnival permainan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam menyediakan ruang dan peluang  untuk atlet-atlet di peringkat akar umbi, khususnya murid- murid melibatkan diri dalam sukan. 

BARISAN PEGAWAI PPD, GURU- GURU SK TUN SAS TURUT SERTA DALAM SENAMROBIK

Menerusi program seumpama ini, murid-murid dapat membina pengalaman yang sihat dan menggembirakan.

LARI...LARI...SAMPAI MENANG....


PROGRAM MERENTAS DESA
SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN

Program Merentas Desa  kali pertama bagi sesi 2012 adalah merupakan aktiviti 1 Murid 1Sukan  untuk tahun 2012. Pada tahun ini akan melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 .  


MURID- MURID MELAKUKAN AKTIVITI PEMANASAN BADAN SEBELUM BERLARI

Tujuan program ini dijalankan untuk Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani , intelek, dan sahsiah.



 GURU BESAR MELEPASKAN MURID UNTUK LARIAN MERENTAS DESA


Selain tu, melalui  program ini diharapkan murid dapat membina semangat setiakawan, integrasi, patriotisme dan jati diri dapat dipupuk selain menonjolkan bakat-bakat pelajar untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.


MURID MERAIKAN KEMENANGAN RUMAH SUKAN MEREKA DALAM LARIAN MERENTAS DESA

Menerusi program ini juga, semangat kerjasama dan pemuafakatan dapat dijalin di kalangan semua pihak yang terlibat. Ini termasuklah kami, guru pelatih yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Program Larian Merentas Desa Ini.



JOM BERNAZAM!!


PROGRAM ‘CELIK NAZAM’

Program ini dilaksanakan untuk menghidupkan semula makna sebenar puisi-puisi tradisional. Di zaman globalisasi ini, puisi tradisional semakin dilupakan dan jarang dimainkan. Ini merupakan salah satu usaha kami sebagai guru untuk memartabatkan puisi tradisional dan seterusnya mendidik murid menjadi seorang yang berketerampilan.


Ceramah diberikan oleh En. Ramly bin abu, Pensyarah Jabatan Bahasa IPG KPM

Antara objektif program ini dijalankan ialah:

  1. Memberi pendedahan kepada murid tentang keunikan puisi tradisional nazam.
  2. Melahirkan murid yang memartabatkan nilai puisi tradisonal.
  3. Melahirkan murid yang menyintai puisi tradisional.
  4. Melahirkan murid yang menghidupkan semula makna sebenar puisi-puisi tradisional.

Melihat daripada respon yang diberkan murid, kami berasa amat terharu kerana mereka begitu bersungguh- sungguh untuk memelajari puisi tradisional ini.




 MURID BERSUNGGUH BERLATIH NAZAM DAN SELOKA UNTUK PERTANDINGAN

  
Tidak kurang juga guru- guru SK Tun Syed Ahmad Shahabudin yang turut bermInat untuk menyertai program tersebut.


BARISAN GURU YANG BERMINAT MENYERTAI  PROGRAM ‘CELIK NAZAM

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana program ini dapat dijalanka dengan jayanya skaligus dApat memartabatkan semualu Puisi Tradisional agar tidak luput ditelan zaman.



‘ADIKKU SAYANG’


PROGRAM MOTIVASI ‘ADIKKU SAYANG’
14 JULAI 2012

Program motivasi Adikku Sayang diadakan  bagi mendedahkan murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin (SK Tun SAS) tentang membentuk sahsiah diri yang unggul.

  EN. AHMAD SUHAIZAN BIN PANDAK, 
KAUNSELOR IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Objektif program:
a.    Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah kendiri unggul, berkeyakinan dan bermotivasi tinggi
b.    Melahirkan murid yang berfikiran positif dan amanah menjalankan tugas
c.    Membentuk murid yang bertingkah laku baik kepada diri sendiri dan juga orang lain.

MURID TEKUN MENDENGAR NASIHAT DAN PERINGATAN YANG DISAMPAIKAN

Program ini memang wajar dilaksanakan memandangkan murid tahun 5 masih lagi belum matang dan pendedahan ini amat bertepatan untuk membentuk sahsiah diri yang positif. 



 MURID BERBINCANG DAN BEKERJASAMA MEMBUAT SEBIJI DADU GERGASI DALAM LDK 1

Tugas guru bukan sahaja mengajar malah mendidik. Oleh yang demikian program ini merupakan salah satu usaha yang dijalankan bagi mendidik murid menjadi seorang yang berketerampilan. 

 SEORANG WAKIL PERSERTA BERSAMA GURU BESAR MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN

Seorang individu yang unggul dinilai berdasarkan kekuatan mental dan fizikal dalam menjalankan apa jua aktiviti, menyelesaikan masalah dan pembawaan diri mereka dalam masyarakat secara positif. 

WAKIL GURU PELATIH MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA GURU BESAR

Diiharapkan Program Adikku Sayang ini memberi pendedahan kepada murid tahun 4 dan 5 agar menjadi insan yang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat serta melahirkan individu yang mempunyai sahsiah mulia.



PROGRAM LATIHAN KAWAD KEBAKARAN


PROGRAM LATIHAN KAWAD KEBAKARAN

3 JULAI 2012

Program Latihan Kawad Kebakaran adalah program wajib yang mesti dilaksanakan di semua bangunan serta premis kerajaan seperti yang tertakluk dalam Akta Bomba serta pekeliling rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Minimum pelaksanaan program ini adalah sebanyak dua kali setahun.


 MURID BERKUMPUL DI KAWASAN SELAMAT (PADANG)

Pelaksanaan program ini adalah untuk mencapai sasaran objektif-objektif berikut :

o   Menanamkan budaya mementingkan keselamatan diri sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.

o   Membiasakan semua warga sekolah terhadap pelan Kawad Kebakaran yang seharusnya diketahui dan dipatuhi.

o   Menyedarkan semua pihak bahawa keadaan panik dan situasi kelam-kabut adalah risiko yang terpaksa ditanggung jika warga sekolah tidak dilatih menghadapi situasi kebakaran sebenar.

o   Menghargai nyawa adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. 



 DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN MENGGUNAKAN AIR


Secara umumnya, program ini bermatlamat untuk melatih serta menyediakan semua warga sekolah agar sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan dan langkah-langkah keselamatan perlu sekiranya berlaku kebakaran di lokasi sekolah.



 DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN MENGUNAKAN PEMADAM API SERBUK KERING(ABC)


Diharapkan, latihan seumpama ini juga dapat mengatasi situasi panik dan keadaan kelam kabut yang boleh menimbulkan kesulitan yang lebih besar jika kebakaran sebenar berlaku di mana-mana bahagian bangunan sekolah.