PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday 2 August 2012

Pagi Jumaat..Solat Dhuha

Pagi tadi...pelajar- pelajar IPG KPM buat solah Dhuha di BISA.


Banyak manfaat daripada solat Dhuha ne. Antaranya ialah:


  • Kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
  • Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

  • Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi).
Bile dah bace fadhilat ne terasa nak buat hari- hari..InsyaAllah.Tadi ada terbaca dalam artikel: Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Subhanallah..hebatnya Baginda..kite pulak macam mane??


Ne doa solat Dhuha..jom baca ramai- ramai



 Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu 
, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan 
perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , 
turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika 
haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, 
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah 
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

No comments:

Post a Comment